Berita Hari Ini

Pengasuh taska ada SPM masih diteliti

SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih memperhalusi cadangan menetapkan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat minimum kelayakan pengasuh taska pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, antara aspek yang diteliti ialah sama ada syarat itu masih dapat menarik minat wanita untuk menceburi bidang tersebut.

“Sekarang ini pelbagai pandangan dan pendapat daripada semua pihak berkaitan sedang dikumpul kerana kita tidak mahu tindakan pentadbiran akan menyekat golongan wanita daripada bekerja.

“Saya akan menilai dahulu keperluan dan sambutan terhadap cadangan berkenaan sebelum mengusulkan sebarang pindaan berkaitan… sebarang penambahbaikan mesti dibuat dengan berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Wanita 2017, di sini hari ini.

Katanya lagi sebarang penambahbaikan terhadap institusi taska mesti mengambil kira pendapat pakar dan pemain industri agar hasilnya mampu memenuhi hasrat semua pihak.

Beliau mengulas kajian cadangan penetapan syarat kelayakan itu yang dibangkitkan Timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun tahun lepas.

Chew dilapor berkata kajian cadangan itu dilihat sebagai usaha meningkatkan lagi kualiti penjagaan kanak-kanak di taska. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");