Perak Hari Ini

Peniaga & Penjaja Perlu Saling Bantu Kerajaan

IPOH:Golongan peniaga dan penjaja disaran saling bekerjasama dan turut membantu kerajaan negeri dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan pendapatan mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata segala bantuan yang diberikan kepada golongan berkenaan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Jika kita berikan tapak meniaga maka ia perlu digunakan sebaik mungkin termasuk juga menjaga kebersihan kawasan.

“Jadi para peniaga perlu berkerjasama dan membantu pihak kerajaan,” katanya semasa menyampaikan ucapan ada Program Makan Malam & Sembang Santai Menteri Besar bersama Peniaga dan Penjaja Pangkor Di kediaman Menteri Besar hari ini.

Jelas Zambry lagi, pihak kerajaan sentiasa memikirkan pendekatan terbaik untuk memastikan rakyat hidup dengan lebih selesa.

Tambahnya peraturan-peraturan yang dibuat oleh kerajaan negeri terhadap peniaga kecil dan penjaja bukan berniat untuk menganiaya golongan berkenaan.

Malah sebaliknya ia untuk memastikan golongan berkenaan dapat mencari rezeki dengan lebih sistematik dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan mereka.

“Banyak orang bising kepada kami kata peraturan-peraturan yang dibuat menyusahkan mereka dan sebagainya tapi bukan niat kerajaan negeri untuk buat begitu.

“Kita nak tolong golongan ini supaya mereka dapat berniaga dengan lebih teratur, selesa dan sebenarnya Ini secara tidak langsung bantu perniagaan mereka,” katanya.

Pada program berkenaan lebih 200 peniaga dan penjaja Pangkor telah hadir beramah mesra bersama Dr. Zambry serta isteri Datin Saripah Zulkfli dan meluangkan masa kira-kira tiga jam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");