Jenayah

Penjara 18 tahun, 10 sebatan cabul anak tiri

ALOR GAJAH: Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi, menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang penjual burger yang mengaku bersalah mencabul dan melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuan tirinya, Mac lalu.

Memetik sumber Berita Harian Online, tertuduh yang berusia 34 tahun membuat pengakuan itu sejurus kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa berusia 13 tahun 10 bulan di dalam bilik sebuah rumah di Taman Pengkalan Indah, jam 3 pagi, pada 30 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan seks di luar tabii terhadap mangsa sama, dalam bilik berasingan di rumah sama, kira-kira setengah jam selepas perbuatan cabul dan kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syaiful Akmal Mohd Razi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal atas faktor perbuatan tertuduh yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak tirinya.

Katanya, tertuduh bukan hanya melakukan kesalahan terhadap anak tiri, malah mangsa dipaksa, diikat tangan dan diugut supaya berdiam diri atau tertuduh akan membunuh ibunya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman diringankan dengan alasan pengakuan bersalah yang dibuat menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tiga tahun penjara dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala 15 tahun penjara dan lapan sebatan bagi pertuduhan kedua.

Hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");