Perak Hari Ini

Penjenamaan Festival Of Ideas Jadikan Ipoh Bandaraya Ilmu

 

IPOH: Kerajaan negeri telah merancang dan melaksanakan usaha-usaha bagi menjadikan Perak sebagai sebuah negeri ilmu atau K-Perak melalui penjenamaan baru program Festival of Ideas (Festival Idea).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, usaha untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar ilmu pengetahuan telah dimulakan melalui idea penjenamaan program bersifat seminar atau persidangan.

“Usaha-usaha ini telahpun kita laksanakan untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar ilmu pengetahuan dan saya harapkan melalui penjenamaan ini akan dapat menyemarakkan negeri Perak dan khususnya bandaraya Ipoh sebagai bandar ilmu pengetahuan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Jelas beliau juga, kerajaan negeri telah menjenamakan program tahunan Pangkor International Development Dialogue (PIDD) melalui satu program baru yang dinamakan Festival of Ideas.

“Mulai tahun ini, Festival of Ideas akan diadakan seminggu sebelum Pangkor Dialogue secara rasmi dianjurkan. Festival of Ideas ini akan menjadi satu program prelude kepada Pangkor Dialogue.

“Dalam erti kata lain, dalam tempoh seminggu itu kita akan dapat lihat bandaraya Ipoh akan menjadi bandar yang penuh dengan program-program seminar dan persidangan dan menjadi bandaraya ilmu,” katanya.

Menurut Zambry juga, konsep ini mungkin baharu bagi sesetengah pihak tetapi ianya telahpun banyak dilaksanakan di beberapa buah negara.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan 4th IDR Annual Research Seminar Mobolising Reserch Findings into Policy Development for Impactful Actions di Hotel Impiana, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan, Dr Mazalan Khamis.

Pangkor Dialogue 2017 yang memasuki edisi kelima bakal berlangsung pada 9-12 September bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh bertemakan ‘Making The Future: Innovative Pathways to Sustainable Development.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");