Jenayah

Penyelewengan Dana Yapiem: Selepas Anak, Ibu Pula Ditahan

KUALA LUMPUR- Selepas pengarah kanan Ya­yasan Pembangunan Islam Ma­laysia (Yapeim) direman bagi membantu siasatan kes pe­cah amanah semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas timbalan presiden pertubuhan berkenaan yang juga ibu suspek hari ini.

Kedua-dua suspek ditahan berhubung kes penyelewengan wang milik yayasan itu yang berjumlah RM223,000, dua tahun lalu.

Menurut sumber SPRM, wanita berusia 68 tahun itu yang juga bekas ahli politik di sebuah nege­ri di Pantai Timur ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan ke­dudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Ujarnya, suspek utama itu ditahan di pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir untuk memberi kenyataan berhubung siasatan kes tersebut kira-kira pukul 1 petang hari ini.

“Hasil siasatan mendapati suspek bersubahat dengan pengarah kanan Yapeim yang juga anaknya bagi menyeleweng wang dana yayasan yang kononnya diperuntukkan untuk sa­tu program sumbangan kepada golongan miskin di daerah Rompin pada 2015,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun jelas sumber itu, menerusi maklumat yang diterima, tiada seorang pun golongan miskin yang menerima wang sumbangan daripada program tersebut.

“Wang tersebut diperuntukkan untuk disumbangkan kepada 23 buah rumah serta bantuan kewa­ngan untuk 1,000 fakir miskin.

“Kedua-dua suspek diperca­yai telah mengemukakan nama-nama penerima sumbangan de­ngan menggunakan maklumat kad pengenalan yang tidak wujud ser­ta penama telah meninggal du­nia sebelum program tersebut dijalankan,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, ibu suspek yang dipercayai mengalami masalah kesihatan dibebaskan selepas siasatan terhadapnya selesai kira-kira pukul 5 petang ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika di­hu­bungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Semalam, pengarah kanan Yapeim yang berusia 47 tahun direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes pecah amanah tersebut.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");