Jenayah

Penyelia Maut Jatuh Bangunan

KOTA KINABALU: Seorang penyelia bangunan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pangsapuri di Kampung Nountun, Inanam di sini, awal pagi tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, Wong Vee Au, 35, ditemui terbaring di tingkat 3A bangunan berkenaan pada jam 2.30 pagi, dengan kecederaan parah di kepala dan patah tangan kanan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai penyelia kontrak penyelenggaraan di bangunan terbabit sedang melakukan kerja penyelenggaraan seorang diri di tingkat 14.

Siasatan polis menemui sebuah tong cat di tingkat berkenaan, dipercayai tempat mangsa berdiri sebelum terjatuh.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rakman, berkata kejadian disedari tiga pekerja kontrak yang melakukan kerja pengubahsuaian rumah di pangsapuri berkenaan.

“Pekerja terbabit terdengar jeritan mangsa tetapi tidak melihat kejadian. Tiada kesan pergelutan atau yang mencurigakan ditemui di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan luar pada tubuh mangsa dan tiada unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");