Berita Hari Ini

Perang Syria: Menteri Tak Mahu Spekulasi Kesan Harga Minyak

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mahu membuat spekulasi berhubung kesan perang di Syria terhadap harga bahan api.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, menjadi kebiasaan bagi kenaikan harga minyak sekiranya terdapat permintaan.

“Benar terdapat cakap-cakap mengenai harga minyak naik tidak lama lagi tetapi lebih baik saya tidak membuat spekulasi. Lebih saya saya tunggu dan lihat apa yang berlaku nanti,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Harga minyak meningkat dari AS$51.20 (RM227.30) kepada AS$52.60 (RM233.52) ketika berita mengenai tentera AS melancarkan 59 peluru berpandu ke atas pangkalan udara di Syria pada Jumaat lalu, selepas kerajaan negara itu didakwa menggunakan senjata kimia di kawasan dikuasai pemberontak, Selasa lalu.

Mengenai perkembangan lain, Hamzah berkata, pengusaha stesen minyak perlu memaklumkan kepada kementerian sekiranya mereka berhasrat untuk mempromosikan bahah api dengan menurunkan harga untuk menarik lebih ramai pelanggan.

“Saya perlu mengingatkan semua dalam industri bahawa mereka harus memaklumkan kepada kita mengenai rancangan promosi mereka, seperti jumlah bahan api yang ditawarkan dan tempohnya untuk promosi,” katanya.

“Saya tidak mahu pengusaha stesen minyak membuat keputusan saat akhir untuk mengurangkan harga mereka, mengakibatkan pelanggan tidak menyedari perkara itu.”

Hamzah berkata, KPDNKK akan mengumumkan promosi tersebut menerusi saluran yang betul.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menunggu berita perdana di RTM1 pada pukul 8 malam setiap Rabu bagi mengetahui harga terbaharu bahan api.

Menurut Hamzah, RTM merupakan saluran rasmi yang digunakan kementerian untuk mengumumkan harga bahan api secara mingguan, dan tidak aka bertanggungjawab terhadap maklumat yang disebarkan di media sosial, memetik sumber mStar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");