Berita Hari Ini

Perlu RM1.5 juta bina pondok warga emas

KUALA KETIL: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Al-Naim memerlukan kos sebanyak RM1.5 juta bagi menampung kos pembinaan pondok pengajian al-Quran dan fardu ain Warga Emas Al-Naim (WEAN).

Pengasasnya, Abd Talib Yaacob berkata, pondok itu merangkumi binaan sebuah hospital mini, surau, kantin, dua rumah guru serta 36 unit penempatan warga emas.

“Ketika ini 16 unit penempatan warga emas sedang dibina dan hampir siap, namun disebabkan masalah kewangan kita terpaksa hentikan seketika pembinaan. Setiap satu unit bernilai RM21,000,” katanya.

Menurutnya, bagi binaan surau ia berjumlah RM200,000, kantin RM23,000 manakala seunit rumah guru bakal dibina dengan kos RM50,000.

“Selebihnya dana diperlukan bagi membina hospital mini bagi warga emas yang tinggal di sini.

“Justeru itu, dana daripada individu atau korporat diperlukan bagi merealisasikan binaan WEAN,” katanya.

Abd Talib berkata, WEAN didirikan sebagai tempat persediaan warga emas menghadapi kematian.

“Tilawah, tazkiyah, ta’lim dan halaqah zikir antara program yang dirangka kepada setiap penghuni,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Bagi sumbangan boleh disalurkan melalui Bank Islam di nombor akaun 02480-10025983 atas nama Maahad Tahfiz Al Naim Desa Murni atau Public Bank atas nombor 4893237526.

Orang ramai juga boleh hubungi Abd Talib di talian 019-451 6403 atau Fatimah Zaharah (019-521 3903).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");