Berita Hari Ini

Pindaan RUU Keganasan Rumah Tangga bantu pulihkan institusi kekeluargaan – Rohani

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 akan mempertingkatkan perlindungan kepada mangsa dan membantu memulihkan institusi kekeluargaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pindaan itu kelak akan dikuatkuasakan pihak berkuasa berkenaan selepas ia diluluskan.

“Antara agensi itu adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Mahkamah.

“Ia memperluaskan tafsiran Keganasan Rumah Tangga iaitu mangsa boleh membolehkan mangsa mendapatkan perintah perlindungan interim (IPO) dan perintah perlindungan (PO) apabila pelaku menggelapkan harta mangsa sehingga mangsa mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan,” katanya.

Rohani berkata demikian semasa sidang media pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) pada Isnin memetik sumber Astro Awani.

Merujuk kepada statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula pada tahun 2014 sehingga Disember 2016, sebanyak 15,617 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan.

Selain itu katanya, ia akan memberi mangsa mendapat Perintah Perlindungan Kecemasan, pemberian hak penghunian eksklusif kediaman bersama kepada mangsa bagi memberi perlindungan.

Ia turut memperkenalkan Program Pemulihan di bawah kelolaan KPWKM yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan dan penambahbaikan perintah IPO dan PO dalam aspek pemakluman status kepada mangsa.

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1 Jun 1996.

Akta ini kemudian telah dipinda buat kali pertama pada tahun 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");