Sukan Hari Ini

PKNS ke Larkin Tanpa Safee

PENGENDALI PKNS FC, E Elavarasan mengesahkan pasukannya bakal beraksi tanpa kelibat Safee Sali menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini.

Kata Elavarasan, beliau terpaksa mengetepikan bekas pemain JDT itu kerana gentlemen’s agreement antara pasukan itu dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Disebabkan terdapat gentlemen’s agreement antara TMJ dan pasukan ini, Safee tidak akan bermain menentang kelab asalnya seperti yang telah terjadi kepada Amri Yahyah (Melaka United).

“Memang sedikit terasa kehilangannya, tetapi apa jua situasi kami perlu harungi perlawanan itu,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Tambah memeritkan, PKNS turut akan kehilangan penyerang importnya, Patrick Ronaldinho Wleh yang digantung perlawanan setelah mengumpul tiga kad kuning.

“Kita menghadapi sedikit masalah di bahagian serangan kerana kehilangan kedua-dua penyerang utama.

“Mungkin Lucas Sebastian Espindola akan diletakkan di bahagian serangan. Kita akan tengok dulu bagaimana percaturan beberapa hari sebelum perlawanan,” katanya.

Walaupun dibayangi ketumpulan di bahagian serangan namun Elavarasan tetap yakin bahawa pemain The Red Ants mampu mencipta kejutan sekurang-kurangnya meraih satu mata berharga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");