Berita Hari Ini

PM agih bantuan RM1.269 juta

TEMERLOH: Seramai 2,795 orang kurang berkemampuan di sini menerima bantuan bulanan peruntukan Persekutuan bernilai RM1.269 juta yang diagihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, daripada jumlah itu, seramai 1,229 warga emas menerima bantuan berkenaan diikuti 608 kanak-kanak, 508 pekerja cacat anggota dan 447 Orang Kurang Upaya (OKU).

Najib yang bersolat Zuhur berjemaah dengan lebih 500 orang di Masjid Baharu Daerah Temerloh turut menyampaikan bantuan elaun sara hidup berjumlah RM252,000 kepada 105 nelayan darat daerah ini.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM14,700 kepada 49 mangsa ribut di Taman Murni, Lanchang pada Jumaat lalu selain bantuan kepada ahli Persatuan Pesara Kerajaan, Persatuan Pesara Polis, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");