Perak Hari Ini

Pokok Tumbang, Kerajaan Negeri Minta Pantauan Teliti

IPOH:Kerajaan Perak mahu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan dan membuat pemantauan terhadap keadaan pokok-pokok yang terdapat di sekitar negeri ini bagi mengelak dari terjadinya kejadian pokok tumbang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) disaran memantau dengan lebih teliti berikutan dua insiden pokok tumbang di Bandaraya Ipoh baru-baru ini telah mengakibatkan kemusanahan dan meragut nyawa orang awam.

“Walaupun ia agak sukar apabila melibatkan angin yang kuat, tetapi kerja-kerja pemantauan untuk memastikan pokok reput dan lama yang boleh mendatangkan bahaya perlu dibuat rawatan dengan teratur,” katanya.

Beliau turut menyatakan simpati dengan insiden yang berlaku baru-baru ini.

Terdahulu lapan kenderaan termasuk enam kereta rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang di dua lokasi di bandaraya Ipoh pada 24 April lalu.

Dalam insiden pertama di kawasan tempat letak kereta di belakang sebuah hotel di Jalan Sultan Idris Shah, lima kereta dan dua motosikal dihempap dua pokok besar yang tumbang.

Malah turut dilaporkan terdapat dua lagi lokasi pokok tumbang dan merintangi jalan iaitu di hadapan Hotel Seri Malaysia serta Hotel Impiana pada hari yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");