Jenayah

Polis berkas kumpulan samun kedai serbaneka

SUBANG JAYA: Polis menumpaskan kegiatan sekumpulan lelaki yang bergiat aktif melakukan samun di kedai serbaneka sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil maklumat dan intipan, Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menyerbu sebuah rumah di Taman Desaria, Petaling Jaya.

Memetik sumber Sinar harian, jelasnya seorang lelaki berusia 30 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah lampau ditahan Jumaat lalu dan polis merampas sebuah telefon bimbit serta sekeping kad sim.

Mohammad Azlin berkata, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang mempunyai satu rekod jenayah lampau di tempat parkir motosikal Taman Desaria pada hari sama.

Hasil soal siasat selanjutnya, polis memberkas dua lagi lelaki berusia 21 dan 26 tahun di Taman Desaria dan Kampung Lindungan serta merampas sebuah kereta jenis Perodua Viva, telefon bimbit, anak kunci dan kad sim.

“Dipandu arah suspek yang ditahan, polis ke sebuah kedai runcit di Petaling Jaya dan memberkas seorang lelaki berusia 46 tahun.

“Bersamanya kita rampas 149 kotak rokok pelbagai jenama dipercayai hasil kegiatan samun kumpulan suspek yang dipercayai dijual kepadanya,” katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat kumpulan itu mengaku terlibat dengan 13 kes samun kedai serbaneka, dua kes ragut dan satu kes curi kenderaan.

Masing-masing empat kes samun di Subang Jaya, Petaling Jaya (tujuh kes), Shah Alam (satu kes), Sungai Buloh (satu kes) dan dua kes ragut di Serdang.

Dalang utama kumpulan itu juga mengaku terlibat dengan kes kecurian sebuah van di Petaling Jaya.

“Seorang lelaki berusia 25 tahun turut ditahan di Kampungan Lindungan dan polis merampas sebuah van jenis Ford berwarna biru yang diakui digunakan untuk melakukan kegiatan samun di kedai serbaneka.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");