Jenayah

Polis KLIA Patahkan Sindiket Keldai Dadah Dari India

SEPANG: Cubaan seorang lelaki warga negara India dipercayai keldai dadah untuk membawa masuk dadah ke negara ini gagal apabila ditahan polis sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Isnin lalu.

Memetik sumber Utusan Online, suspek berusia 34 tahun yang mendakwa pemilik kedai telefon bimbit di India itu ditahan bersama 5.9 kilogram (kg) dadah bernilai RM260,000 oleh sepasukan polis bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA pada pukul 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebuah bagasi milik suspek mengandungi sebanyak 40 kotak kuih manisan dan 38 daripadanya mengandungi dadah.

“Dadah tersebut dibungkus di dalam plastik lutsinar dan disorok di bawah kuih manisan tersebut. Hanya dua kotak yang benar-benar diisi dengan kuih manisan sepenuhnya.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");