Jenayah

Polis Serbu Premis Nombor Ekor Haram, Tahan 68 Orang

JOHOR BAHRU :Polis menjalankan operasi besar-besaran membanteras kegiatan menjual nombor ekor tanpa lesen di negeri ini dan menahan 68 orang menerusi 67 serbuan berasingan semalam.

Memetik sumber Utusan Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan bermula pukul 4.30 hingga 6.30 petang itu dijalankan melibatkan 26 pegawai dan 94 anggota polis di seluruh negeri ini.

“Dalam serbuan itu, kita merampas 65 unit telefon, 75 pencetak dan wang tunai RM6,159 dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 55 lelaki dan 11 wanita tempatan dan masing-masing seorang lelaki Indonesia dan Bangladesh.

Beliau berkata, operasi serentak di seluruh negeri itu dijalankan oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, IPD Kota Tinggi, IPD Iskandar Puteri, IPD Batu Pahat, IPD Segamat, IPD Kulai, IPD Mersing, IPD Muar, IPD Seri Alam, IPD Tangkak, IPD Pontian, IPD Johor Bahru Selatan dan IPD Johor Bahru Utara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");