Sukan Hari Ini

Polis tahan lima lelaki, rampas pistol

BUKIT MERTAJAM – Lima lelaki, dipercayai anggota sindiket menghasil dan mengedar dadah, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Alma di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, empat lelaki tempatan dan seorang warga Myanmar yang ditahan dalam serbuan pada jam 7.45 petang itu berumur antara 34 dan 53 tahun.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui botol disyaki peralatan untuk menghisap dadah, tiga peket plastik syabu, satu peket heroin, satu peket ganja dan 10 biji pil Eramin 5 serta peralatan membungkus dadah.

“Kami turut merampas lima botol mengandungi pelbagai cecair bahan kimia untuk menghasilkan dadah, balang kaca dan dapur elektrik serta sepucuk pistol bersama satu kelopak mengandungi 10 butir peluru,” katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata polis percaya sindiket terbabit menjadikan rumah milik seorang daripada lelaki yang ditahan itu sebagai tempat untuk memproses dan membungkus dadah sejak beberapa bulan lepas.

Beliau berkata empat lelaki tempatan yang ditahan itu positif dadah dan tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah.

“Seorang daripadanya merupakan orang yang dikehendaki polis,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");