Isu Panas

PPBM Kedah Serah Notis Makluman Program Debat Mukhriz-Haris Kepada Polis

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah telah menghantar notis makluman kepada polis berhubung cadangan debat antara Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Ketua UMNO Pokok Sena, Haris Che Mat, pada 27 April atau 5 Mei ini.

Menurut pegawai media Mukhriz, Mohd Fisol Jaafar, notis bertujuan mendapatkan kebenaran polis itu diserahkan kepada pihak berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar petang semalam.

Program debat itu dicadang diadakan di Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Lebuhraya Darulaman.

Mohd Fisol berkata tujuan debat itu ialah untuk menjelaskan perkara yang dibangkitkan Haris ketika mencabar Mukhriz, yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah, untuk berdebat.

Beliau kini Pengerusi Badan PBBM Kedah dan Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");