Perak Hari Ini

Program Jom Kayuh Mesra Alam Untuk Peminat Sukan Berbasikal

IPOH: Sebuah program Jom Kayuh Mesra Alam 2017 akan diadakan pada 14 May 2017 bertempat di Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim anjuran Proton dan Bank Muamalat.

Program ini akan bermula pada pukul 7 pagi sehinga 12.30 petang.

Antara kategori kayuhan yang diadakan adalah Fun Ride (Tarmac) 15 km untuk peserta berusia 10 tahun keatas, Tarmac 70% + Offroad 30% 30 km untuk peserta berusia 10 tahun keatas dan kayuhan 800 meter untuk kanak-kanak berusia 7-12 tahun mengelilingi trek stadium.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 40 untuk seorang bagi kategori 15 km dan 30 km. Manakala bagi kategori 800 meter kanak-kanak adalah percuma.

Para peserta akan menerima t-shirt dan pingat serta pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti anda.

Bagi peminat sukan berbasikal yang berminat untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.bikeaway.com.my.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 May 2017 dan akan ditutup pada jam 12.30 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");