Perak Hari Ini

Protes Undi, Pembangkang Sekadar Cari Publisiti

IPOH:Keenganan pembangkang mengundi calon Dewan Negara dalam sesi persidangan Dewan Undang negeri (DUN) disifatkan sebagai satu helah semata dan mendapatkan publisiti semata.

Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia hanya helah pembangkang untuk mengakhiri sidang DUN kali ini dengan memburukkan pihak kerajaan.

“Mulanya Speaker memilih untuk mengunakan undian dari segi suara setuju bagaimanapun ia agak sama dan sukar dinilai jadi digunakan pula kaedah mengangkat tangan bagaimanapun mereka bertindak mengangkat kedua belah tangan mula tercetusnya konflik.

“Tindakan itu Yang Dipertua Dewan menyifatkannya sebagai undi rosak dan tidak mengira undi tersebut tetapi secara logiknya jika pihak kerajaan memiliki 31 undi penuh jadi dengan sendirinya pihak pembangkang tidak mendapat undi majoriti,” katanya.

Katanya lagi, undi semula dijalankan bagi memuaskan hati semua pihak namun ia dijadikan isu besar dari pihak pembangkang.

“Ia tidak wajar dilakukan yang lagaknya untuk mempertahankan sistem namun saya sedikit kecewa melihatnya,” katanya.

Malah jelasnya tindakan wakil PAS yang tidak memberikan undi pada sesi pemilihan calon juga membuktikan wujudnya perpecahan dalam kalangan pihak pembangkang.

Terdahulu Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong dan Ketua Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kassim dilantik bagi mengalas tugas sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 21 April ini.

Cadangan itu dikemukakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada sesi persidangan keenam mesyuarat pertama, penggal kelima Dewan Negeri Perak yang ketiga belas hari ini.

Kedua-dua calon itu mendapat sokongan penuh 31 daripada 59 undi iaitu daripada wakil pihak kerajaan negeri kepada keputusan cadangan yang telah disokong oleh Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");