Isu Panas

‘Rakyat Perlu Sedar, Tidak Terus Ditipu’- Muhyiddin

KOTA BHARU – Bersatu mahu rakyat sedar dan tidak terus tertipu dengan sandiwara politik yang sedang berlaku di negara ini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu Jelajah Semarak dianjurkan bagi membongkar skandal yang dilakukan oleh Umno bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap isu semasa.

“Rakyat perlu sedar dan tahu permasalahan yang sedang berlaku, di mana penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah yang semakin berleluasa.

“Kita akan perhebatkan Jelajah Semarak ini ke seluruh negara di mana ia akan bermula di Kelantan pada malam ini (semalam),” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Muhyiddin berkata, Bersatu telah menemui kekuatannya di Kelantan apabila menerima sokongan padu daripada ahli baharu yang yakin dengan misi yang dibawa parti itu.

“Hampir semua bahagian telah ditubuhkan di negeri ini. Perlu diingatkan bersatu baru tujuh bulan ditubuhkan tetapi sudah dapat sebahagian besar penyokong yang berbilang kaum.

Justeru, beliau mahu lebih banyak aktiviti dilaksanakan selepas ini.

“Kita harap lepas ini usaha yang dibuat lebih berkesan, gerakkan pelbagai aktiviti terutama bagi penjelasan kepada rakyat menerusi Jelajah Semarak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pakatan Harapan juga sedang berbincang strategi yang paling sesuai dan berkesan untuk menang besar dalam PRU14 nanti.

“Kita (Pakatan Harapan) akan bincang strategi paling sesuai bagi memastikan boleh menang kerusi lebih banyak. Kena bincang terperinci supaya lebih fokus,” katanya.

Tambahnya, diskusi strategi masih dilakukan sekarang sama ada di peringkat negeri mahu pun pusat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");