Jenayah

Rasuah: Bekas Pengarah Hutan Terengganu didakwa

KUALA TERENGGANU: Bekas Pengarah Perhutanan Terengganu, Datuk Azmi Nordin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM60,000 pada Mac hingga Ogos 2013.

Memetik sumber Berita Harian Online, tertuduh berusia 58 tahun yang ketika ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sivikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, Jabatan Hutan Semenanjung, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima rasuah, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pertama, Azmi didakwa menerima RM30,000 daripada seorang kontraktor balak, Yew Keong Fah, 49, di Malayan Banking Berhad cawangan Kuala Terengganu pada 3 Mac 2013.

Tuduhan kedua Azmi didakwa menerima suapan daripada individu sama RM20,000 di Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Kuala Terengganu pada 16 Jun 2013, manakala pertuduhan ketiga didakwa menerima suapan RM10,000 daripada individu sama di tempat sama pada 13 Ogos 2013.

Tertuduh didakwa menerima suapan itu untuk memberi kelulusan membalak kepada Syarikat Ciri Bina Machinery & Hardware Sdn Bhd di Kompartmen 36b dan 40a, Hutan Simpan Hulu Terengganu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohammad Haldar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 8 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");