Jenayah

Rebah Sebelum Maut Ketika Main Golf

KAJANG: Seorang lelaki meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah ketika bermain golf bersama rakannya di Saujana Impian, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama tiga rakannya ke kelab golf terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurutnya, ketika sedang bermain golf, mangsa tiba-tiba rebah pada jam kira-kira 9.20 pagi.

“Mangsa merupakan pemilik kedai makan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dapati mangsa berusia 74 tahun ini mempunyai penyakit darah tinggi.

katanya, tiada sebarang kecederaan fizikal pada mayat mangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");