Jenayah

Reman Tan Sri cuba rasuah Sultan Johor disambung

PUTRAJAYA: Perintah reman terhadap individu bergelar Tan Sri yang terbabit dalam cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran disambung tiga hari bermula esok.

Memetik sumber Berita Harian Online, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman, terhadap suspek berusia 54 tahun itu.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini sekitar jam 9.30 pagi tadi, berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan diiringi pegawai SPRM, selain tiga peguamnya iaitu Datuk K Kumarendran, Datuk Joshua Kevin dan Linda Goh.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, suspek direman lima hari bermula Jumaat lalu yang berakhir hari ini.

Khamis lalu, suspek menyerah diri kepada SPRM selepas beberapa jam diarahkan berbuat demikian oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Ahad lalu, Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada SPRM berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda mengenai penganugerahan darjah kebesaran.

Baginda mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama seseorang kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");