Membawang Hari Ini

Reza Kena Buatan Orang?

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai stesen radio Suria FM, Reza Mohamed menafikan dia terkena buatan orang sehingga dilihat kurang aktif dalam bidang seni sejak dua tahun lalu.

Reza yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ketiga itu menjelaskan, dia kini lebih banyak bekerja di belakang tabir selain bermuhasabah diri.

“Tak benar kisah saya tak sihat kerana terkena buatan orang. Sebenarnya, saya lebih banyak bekerja di belakang tabir termasuk menyumbang suara untuk iklan, menterjemah skrip dan mengacarakan majlis korporat.

“Saya juga menganjurkan kelas pengucapan awam bagi mereka yang berminat menjadi pengacara dan penyampai radio,” katanya memetik sumber BH Online.

Selepas meninggalkan konti radio Sinar FM pada Jun 2015, Reza dilihat menghilang daripada industri hiburan tanah air.

Malah, ada beranggapan dia sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni apabila tidak lagi muncul di kaca televisyen (TV) mahupun radio.

Malah jelasnya sejak dua tahun lalu, dia banyak berehat dan memikirkan soal hidup.

“Saya cuba pulihkan apa yang tak betul. Saya tanya lagi apa yang tak kena dengan diri ini. Dengan berdepan persaingan hos dan penyampai radio baharu, saya kena bersifat terbuka.

“Bagaimana saya nak bersaing dengan mereka terutama dengan aliran pelawak yang ditawarkan menjadi hos dan penyampai radio? Persaingan itu ada di mana-mana, saya tak boleh mengalah,” katanya.

Menyifatkan 2017 sebagai detik untuk kembali menyemarakkan persada seni, Reza atau nama sebenarnya, Syaiful Reza Mohamed memberitahu, dia akan mengacarakan Konsert Nova 2017 di Stadium Malawati Shah Alam pada 5 Ogos depan.

Konsert itu akan menampilkan gabungan penyanyi popular Malaysia dan Indonesia seperti Judika, Chakra Khan, Azlan & The Typewriter dan Dayang Nurfaizah.

“Saya berterima kasih kepada penganjur yang sudi menawarkan tugas itu kepada saya. Lusa saya akan terbang ke Indonesia untuk promosi konsert ini,” katanya yang tidak pasti apakah tugas hos itu akan dipikul dengan pengacara lain.

Peminat boleh layari laman web www.konsertnova.com atau mengikuti media sosial Konsert Nova di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");