Berita Hari Ini

RM3 Juta Naik Taraf Sistem Tol Elektronik

MELAKA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membelanjakan RM3 juta bagi menaik taraf semua kemudahan transaksi tol kendaliannya kepada sistem elektronik, bermula 26 April ini.

Perbelanjaan, termasuk kos promosi dan hebahan itu turut meliputi menaik taraf dan menambah baik peralihan secara 100 peratus sistem elektronik di semua 71 plaza tol dari Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor Bahru di Lebuh Raya Utara Selatan.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi, berkata apabila semua plaza tol dikendalikan secara 100 peratus elektronik bermula 26 April ini, syarikat itu percaya transaksi tol akan jauh lebih pantas dan selesa.

“Ini dibuktikan apabila lorong SmartTAG dan Touch ‘n GO ketika ini mampu mengendalikan kira-kira 1,000 dan 600 transaksi dalam tempoh sejam, berbanding lorong tunai kira-kira 180 transaksi dalam tempoh sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Media Pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Secara Elektronik Sepenuhnya di semua lebuh raya kendalian PLUS di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Operasi PLUS, Norbayati Manap dan Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi PLUS, Rosdi Effendi Mohammed Effendi.

Mengulas lanjut, Mohammad Fuad berkata, di sebalik peralihan secara elektronik di semua rangkaian tol di lebuh raya berkenaan, pihaknya tidak melakukan pemberhentian kakitangan, khususnya jurutol.

“Pihak syarikat tiada perancangan untuk mengurangkan sejumlah kira-kira 2,000 kakitangan (jurutol) berkenaan, namun fungsi mereka mungkin diubah mengikut kesesuaian bagi melancarkan operasi” katanya, memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");