Membawang Hari Ini

Rosyam Nor Dedah Rahsia Awet Muda

Pelakon Datuk Rosyam Nor bukan hanya dikagumi kerana lakonannya yang mantap dan hebat tetapi penampilannya yang sentiasa segar dan dilihat awet muda juga mendapat perhatian.
Ramai yang mahu mengetahui apa rahsia pelakon lelaki yang satu ini mengekalkan kecergasan diri dan dilihat tidak dimamah usia.
Rosyam ketika ditemui media mengakui masih menjaga tubuh dan mementingkan kesihatannya supaya kelihatan awet muda.
Pemilik nama sebenar Mohamed Nor Shamsuddin, 50, berkata amalan meminum jus durian belanda dapat membantunya  mengelak dari sebarang penyakit sekaligus sentiasa kelihatan segar.
“Bila orang tanya apa yang saya amalkan untuk kelihatan awet muda, saya boleh jawab saya banyak ambil khasiat daripada durian belanda.
“Saya jadikan daun durian belanda sebagai teh dalam minuman selain makan sendiri buahnya.
“Ramai orang tak tahu durian belanda banyak memberi kesan yang baik pada tubah badan kita kerana ia mengelak daripada seberang penyakit termasuk kanser.
“Bila tubuh badan kita sihat dan tiada penyakit secara tak langsung wajah kita juga nampak lebih segar dan muda.
“Selain itu, saya hanya minum madu setiap hari tanpa mengamalkan makanan tambahan,” katanya.
Dalam pada itu, Rosyam yang dikenali sebagai hero malaya berkenaan memberitahu dia suka melakukan aktiviti berkebun untuk mendapatkan tubuh yang fit.
“Saya tidak pergi ke gym untuk bersenam atau sebagainya sebaliknya saya suka melakukan aktiviti berkebun.
“Badan juga dapat mengeluarkan peluh selepas berkebun dan rasa lebih segar,” katanya lagi.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");