Isu Panas

RUU 355 hanya pecah-belahkan umat Islam

SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, dalam negara yang berbilang kaum ini, setiap pihak seharusnya sensatif terhadap agama-agama lain kerana Islam menekankan agar umatnya menghormati agama lain.

“Jadi kita tak boleh buat sesuatu untuk memaksa orang merasa takut pada Islam itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Hardtalk yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, malam tadi.

Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi sokongan terhadap RUU 355 bertujuan bagi mendapatkan sokongan daripada Pas.

Namun begitu, Mahathir yang juga merupakan bekas Perdana Menteri turut mendakwa Najib juga sebenarnya berada dalam keadaan bimbang berikutan kehilangan sokongan daripada pihak lain ekoran tindakannya itu.

“Jadi beliau kini dalam keadaan serba-salah dan dilema.

“Beliau tak nampak jalan keluar maka inilah caranya iaitu dengan menyerahkan kepada Pas sendiri untuk membentangkan RUU 355 tersebut,” katanya memetik sumber Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Najib mengumumkan bahawa Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda RUU 355 di Parlimen.

Susulan itu, pada hari terakhir Parlimen bersidang, Ahli Parlimen Marang yang juga merupakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan untuk membentangkan usul pindaan RUU 355 buat kali ketiga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");