Sukan Hari Ini

Sanchez Pilih Chelsea

PERANCANG utama Arsenal, Alexis Sanchez dilapor menjadikan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea sebagai destinasi pilihannya jika dia berpindah ke kelab lain pada hujung musim ini.

Bintang Chile itu yang menjadi buruan beberapa kelab gergasi Eropah, mencetuskan spekulasi hangat sejak beberapa bulan lalu apabila dilaporkan enggan menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal.

Malah pemain berusia 28 tahun itu dikatakan mahu beraksi di bawah kendalian jurulatih Chelsea, Antonio Conte yang dianggap olehnya sebagai pengurus yang mempunyai mentaliti untuk menang.

Namun Chelsea perlu berdepan saingan daripada Paris Saint-Germain dan Juventus yang mahu mendapatkan tandatangan Sanchez.

Chelsea percaya mereka tidak berdepan masalah untuk mendapatkan persetujuan Sanchez tetapi Arsenal dijangka tidak akan membenarkan bintang kesayangan mereka itu beraksi bersama musuh ketat The Gunners itu.

Sanchez mempunyai baki kontrak selama hujung musim depan dan Arsenal mahu menjualnya dengan harga sekurang-kurangnya 43 juta pound (RM238 juta). – The Telegraph

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");