Membawang Hari Ini

Search Lancar Piring Hitam Album Fenomena

Kumpulan rock lagenda Search melancarkan kembali album Fenomena yang diterbitkan pada tahun 1989 namun kali ini dalam bentuk piring hitam.

Album Fenomena sememangnya telah mencetuskan fenomena kepada kumpulan Search dan industri muzik tanahair.

Menerusi album ini, Search berjaya menembusi pasaran Indonesia dengan lagu berhantu mereka ‘Isabella’. Album ini juga laris di pasaran Indonesia dan dikatakan antara yang tertinggi di negara jiran itu.

Album Fenomena yang diterbitkan oleh sifu Datuk M.Nasir itu turut mencatat jualan yang tinggi di tanahair dengan jualan melebihi 300 ribu unit.

Lagu ‘Isabella’ juga dijadikan filem usahasama antara Malaysia dan Indonesia dan kumpulan Search turut berlakon filem ini dengan Amy menjadi pelakon utama.

Di Malaysia, sebuah lagi filem berdasarkan lagu ‘Isabella’ turut diterbitkan dengan menggunakan tajuk ‘Fenomena’.

Piring Hitam Fenomena ini dijual pada harga RM299 dan ia merupakan edisi terhad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");