Isu Panas

‘Sebenarnya mereka takut’ – Tun Mahathir

MELAKA: “Hanya kilang di situ, tapi polis beri alasan penduduk sekitar bantah, takut timbul huru-hara” kata Tun Dr Mahathir Mohamad

Bekas perdana menteri itu mengulas demikian berhubung pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis terhadap penganjuran dialog antara beliau dengan menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Penganjuran dialog oleh Sinar Harian itu sepatutnya diadakan di pejabat akhbar tersebut di kumpulan media Karangkraf, Shah Alam pada 7 April ini namun terpaksa dibatalkan atas alasan polis menerima bantahan daripada penduduk sekitar.
Dengan nada sinis, Dr Mahathir berkata, beliau telah menjangkakan lebih awal situasi itu.

“Saya dah agak, mereka sebenarnya takut… Saya bersedia bila-bila masa kalau peluang itu dibuka semula, saya akan teruskan sesi dialog ini”, katanya pada program Bicara Rakyat Perdana Anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Taman Paya Rumput Bestari, Melaka malam Sabtu

Beliau berkata, alasan polis membatalkan permit kononnya ada laporan daripada penduduk setempat yang bimbang akan keadaan bertukar menjadi huru-hara itu juga tak masuk akal.

“Petang tadi (semalam) saya dapat maklumat polis kata tak boleh, mana ada rumah di situ, yang ada cuma kilang,” katanya dengan nada sinis.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob dalam satu kenyataannya berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat memetik sumber Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");