Perak Hari Ini

Sepasang Kekasih Ditahan Ketika Jual Dadah

IPOH: Polis berjaya menahan sepasang kekasih dan merampas heroin seberat 3.62 kilogram (kg) yang bernilai RM 90,500 dalam satu serbuan di tepi jalan berhampiran Taman Intan, Parit Buntar, Khamis lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, Asisten Komisioner V R Ravi Chandran, serbuan telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota JSJN Perak dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian.

Beliau berkata, hasil dari siasatan dan maklumat orang awam, pemantauan telah dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu sebelum serbuan dilakukan pada jam 10.30 malam Khamis lalu.

Menurut Ravi, ketika serbuan dijalankan, suspek yang berumur 36 tahun bersama teman wanitanya 34 tahun berada dalam kereta Proton Waja dan dipercayai sedang menjalankan urusan penjualan dadah.

“Hasil dari pemeriksaan, kita berjaya menemui lapan bungkus plastik mengandungi dadah jenis heroin yang disorok dalam beg sekolah di dalam kereta tersebut.

“Suspek lelaki bekerja sebagai petani manakala teman wanitanya tidak bekerja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, hari ini.

Tambah beliau lagi, hasil dari ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kedua-dua suspek juga mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga khamis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan suspek akan menerima hukuman mandatori gantung sampai mati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");