Perak Hari Ini

Sesi Bahas DUN Kecoh: Nga Provok MB

IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-13 Perak hari ini menjadi kecoh ketika sesi perbahasan apabila Adun DAP-Kepayang, Nga Kor Ming memprovok Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Adun DAP tersebut memprovok dengan memainkan isu Menteri Besar Incorporated (MB Inc) sehingga membangkitkan kemarahan Menteri Besar.

Beliau (Nga Kor Ming), mempersoalkan mengapa MB Inc tidak pernah membentangkan akaun di Dewan Undangan Negeri.

Keadaan menjadi tegang apabila Adun BN-Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib turut mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini yang mengatakan MB Inc Selangor tidak perlu membentangkan akaun di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ekoran dari ketegangan itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, S. Thangasvari akhirnya telah menangguhkan sesi perbahasan kepada 10 April ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");