Membawang Hari Ini

Shima Anuar sah bergelar isteri

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shima Anuar sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 41, dengan sekali lafaz, kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Memetik sumber mStar Online, pemilik nama sebenar, Noor Hashimah Anuar, 26, yang dikenali selepas membintangi filem Highland Tower itu diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya di kediaman keluarganya di Rawang.

Pelakon filem 7 Petala Cinta itu menerima mas kahwin RM8,000 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Dia mengikat tali pertunangan dengan Mohd Solih yang juga duda kepada dua cahaya mata pada 17 Disember lalu.

Pasangan itu mula berkenalan pada Jun tahun lalu dan bagi mereka, faktor usia serta perbezaan bidang kerjaya bukan penghalang untuk membina hidup bersama.

Pasangan mempelai akan diraikan pada majlis resepsi yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, malam ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");