Perak Hari Ini

Sidang Dun Perak Ke-13: Pelan Jangka Panjang Diselaras Dengan TN50

IPOH: Kerajaan Perak akan menyelaraskan pelan pembangunan jangka panjang negeri itu selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, setelah hampir 3 tahun 11 bulan memerintah, usaha membangunkan negeri telah dirangka mengikut acuan pelan pembangunan Perak Amanjaya.

“Pelan pembangunan Perak Amanjaya ini memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu pembangunan sosio-ekonomi, sektoral dan fizikal

“Selain itu perancangan Transformasi Nasional 2050 (TN50) juga menjadi fokus utama pihak kerajaan bagi memastikan pembangunan negeri Perak mencapai kejayaan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr Zabry Abd Wahid (BN-Trong) di Sidang DUN Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Jelas beliau juga, melalui pembangunan sosio-ekonomi pendekatan yang telah diambil dengan memberi keutamaan kepada tujuh bidang keberhasilan utama.

“Bidang-bidang tersebut melibatkan pengagihan pendapatan, mewujudkan masyarakat berilmu, berkemahiran dan menjadikan kerajaan sebagai nadi pembangunan, jaringan infrastruktur dan kemudahan awam, keadaan generasi muda, gagasan sektor swasta yang mampan dan amalan mesra alam.

“Kita telah mengambil berbagai usaha untuk memastikan negeri Perak diurus secara bertanggungjawab dan berkesan,” katanya.

Menurut Zambry juga, kerajaan telah membawa banyak pembaharuan dengan melaksanakan berbagai usaha memastikan ekonomi negeri sentiasa kukuh dan berkembang.

“Pihak kerajaan akan menggunakan kaedah mewujudkan lebih banyak program yang berunsurkan rakyat. Program-program ini akan melibatkan berbagai agensi kerajaan dan juga swasta.

“Lebih berkonsepkan turun padang, tujuan program ini adalah untuk meningkatkan tahap kefahaman dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan negeri,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");