Perak Hari Ini

Sidang DUN Perak Ke-13: Peluang Kerja Di Beri Untuk Golongan Belia

IPOH: Golongan belia akan diberi peluang oleh kerajaan negeri untuk terlibat dengan projek-projek hiliran semasa dan selepas pembangunan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, peluang yang diberi ini adalah bertujuan untuk membantu golongan belia meningkatkan taraf hidup serta menimba pengalaman berharga.

“Melalui peluang pekerjaan ini, golongan belia boleh terlibat secara terus sebagai pekerja mahir atau separa mahir dalam projek ini khusus kepada belia-belia tempatan di sekitar projek berkenaan.

“Golongan belia ini juga boleh terlibat dalam sektor pembinaan atau menyelenggara lebuh raya selain peluang untuk membuka perniagaan atau usahawan produk tempatan melalui pembukaan kawasan rehat dan rawat,” katanya.

Menurut Zainol juga, kursus-kursus khas akan ditawarkan untuk golongan belia dimana kerajaan negeri melalui Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA), telah mendapatkan kerjasama dari pihak WCE dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Kursus tersebut akan berlangsung selama tiga bulan dan mempunyai beberapa siri. Ini bertujuan untuk menyediakan atau memperlengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam projek WCE itu,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Abdullah Fauzi Ahmad Razali (BN-Kampung Gajah) di sidang DUN Perak ke-13 hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");