Perak Hari Ini

Silakan Hina Saya – Zambry

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang yang menghina dan memperkecilkan tindakan beliau mengutip sampah di beberapa kawasan sekitar Perak.

Zambry juga turut membenarkan pihak pembangkang untuk terus menghinanya kerana beliau beranggapan tindakan pembangkang itu hanya akan membuatkan ramai orang semakin membenci mereka.

“Saya minta DAP dipersilakan untuk menghina saya kerana mengutip sampah. Saya mengucapkan terima kasih kepada DAP kerana sentiasa peka terhadap kegiatan saya mengutip sampah.

“Sebenarnya semakin banyak mereka menghina saya, lebih banyak lagi orang akan mencerca dan benci dengan tindakan mereka itu,” katanya dalam sidang media di Bilik Media sempena Sidang DUN Perak hari ini.

Menurut Zambry juga, beliau merasa hairan dengan tindakan DAP yang mengatakan beliau hanya mengadakan permainan politik sahaja.

“Saya pun hairan kenapa mereka persoalkan tindakan saya dan mengatakan semua ini hanya permainan politik.

“Apa beza antara saya dengan mereka? Mengapa jika mereka yang lakukan tindakan sebegini tidak pula dikatakan permainan politik? Sedangkan mereka juga ahli politik dan berada di dalam sebuah parti politik,” katanya.

Zambry juga mengatakan segala hinaan dari pihak pembangkang tersebut merupakan satu langkah mempromosikan usaha beliau dalam memastikan kebersihan negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");