Sukan Hari Ini

Skuad Tinju Negara Berkampung Di Kazakhstan

PENGALAMAN menyertai beberapa siri latihan dan kejohanan di Kazakhstan akan dimanfaatkan sepenuhnya atlet tinju negara menjelang Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur Ogos nanti.

Mula menimba ilmu dan keyakinan pada 28 April nanti untuk berlatih sebelum menyertai beberapa siri kejohanan, harapan kilauan pingat mungkin mampu direalisasikan anak didik Azmi Md Yunus yang bakal beraksi dalam enam kategori pada temasya ke-29 itu nanti.

Bagi Azmi, ini latihan terakhir sebelum aksi di laman sendiri dan mengharapkan anak didiknya mampu membuktikan sesuatu.

“Kami harapkan penyertaan atlet dalam beberapa siri kejohanan di luar negara akan memberi lebih keyakinan serta ketahanan mental apabila berdepan lawan yang lebih hebat serta berkualiti.

“Petinju kita apabila berdepan dengan atlet luar yang lebih mempunyai nama akan merasa rendah diri dan kurang keyakinan, jadi harapan kami mereka semua akan mempelajari sesuatu untuk dibawa pulang dan dipersembahkan kepada peminat Malaysia pada temasya Sukan Sea 2017 nanti.

“Mereka (petinju) perlukan pendedahan dengan kejohanan besar serta berdepan dengan lawan yang lebih berkualiti serta mempunyai nama, jadi inilah pentas terbaik buat mereka semua,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau turut menjelaskan enam kategori bakal disertai atletnya pada temasya Sukan Sea 2017 nanti percaya kilauan pingat mampu diraih dalam salah satu kategori yang disertai.

“Untuk memberi gambaran awal kategori mana akan menghasilkan pingat agak terlalu awal, tapi saya yakin ia akan terjawab dengan harapan undian perlawanan memihak kepada anak didiknya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");