Berita Hari Ini

SPRM, Pejabat Berdaftar Mahkamah Persekutuan Jalin Kerjasama

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bersetuju bekerjasama untuk memperbaiki pentadbiran mahkamah supaya lebih mampan dan teguh dari sudut integriti.

Kerjasama itu dibincangkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pendaftar Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam satu pertemuan pada Rabu.

Menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan bersempena pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam penambahbaikan pentadbiran Mahkamah Khas Rasuah.

Menurut SPRM, kedua-dua pihak juga bersetuju bekerjasama dari segi berkongsi maklumat dan pandangan dalam isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta peningkatan kemampuan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta memelihara integriti dalam badan kehakiman negara.

“SPRM berharap inisiatif ini akan dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua organisasi ini,” kata suruhanjaya itu.-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");