Jenayah

SPRM Teliti Dakwaan Salah Laku Bekas Menteri

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sedang meneliti maklumat baru yang diterima berhubung dakwaan salah laku seorang bekas menteri yang dikaitkan dengan pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki, berkata siasatan kes itu yang dijalankan sebelum ini akan disambung berikutan bukti dan maklumat baru yang sudah diperoleh.

Katanya, pihak SPRM akan memanggil lebih ramai saksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu dalam masa terdekat.

“Keterangan akan diambil bukan sahaja daripada saksi-saksi dalam negara malah juga dari luar negara,” katanya, memetik sumber Berita Harian Online.

Azam berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan terhadap mereka yang terbabit dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");