Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Rasmikan Sidang DUN Perak

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat untuk menyempurnakan istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Istiadat pembukaan berkenaan bermula sebaik sahaja baginda berangkat tiba kira-kira jam 9.30 pagi bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Keberangkatan tiba baginda telah disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Yang Dipertua Dewan Negeri, S. Thangasvari dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Turut hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkipli.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak sebelum diikuti dengan pemeriksaan perbarisan Pasukan Kawalan Kehormatan.

Baginda kemudian berkenan memulakan titah ucapan pembukaan mesyuarat pertama pada jam 10 pagi dengan mengupas pelbagai aspek di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");