Jenayah

Suspek kes langgar wanita ditahan

GEORGETOWN: Suspek kejadian langgar lari yang menyebabkan kematian seorang wanita di Jalan Burmah semalam, ditahan polis ketika cuba mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, pagi tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata suspek lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 pagi di Wad Kecemasan HPP.

“Suspek turut mengalami kecederaan di pipi dan retak di bahagian dagu akibat kejadian itu dan datang ke HPP bagi mendapatkan rawatan.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, mangsa, Foo Swee Wah, 58, yang sedang melintas jalan di laluan pejalan kaki, parah dirempuh suspek yang gagal memberhentikan motosikalnya ketika lampu merah.

Mangsa kemudian meninggal dunia pada jam 8.45 malam akibat patah kaki dan cedera pada bahagian muka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");