Membawang Hari Ini

Syamsul Yusof Dapat Anak Lelaki

PETALING JAYA: Aktres Puteri Sarah Liyana yang juga isteri kepada pengarah Syamsul Yusof selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu.

Memetik sumber Mstar Online bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini.

Syamsul, 33, pula menerusi laman sosial memberitahu berita gembira tersebut dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam Mohd Shamsul.

“Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang Islam yang ikhlas wahai Syaikhul Islam Bin Mohd Syamsul.

“Marhaban ya Syaikhul Islam… Terima kasih isteri, Puteri Sarah Liyana,” tulisnya.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014 di kediaman keluarga aktres berkenaan di Damansara, dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");