Isu Panas

Tak Tahu Siapa Imam, Siapa Makmum Dalam PPBM – Abdul Hadi

ALOR SETAR: Pas menyatakan hasrat untuk tidak memulakan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PPBM dilihat tiada arah dan tidak mempunyai wawasan kepimpinan yang jelas.

“Kita sudah selesai membuat penilaian, Bersatu (PPBM) adalah parti yang tiada arah dan pemimpinnya juga kita tidak tahu siapa, siapa yang menjadi imam dan siapa ialah makmum.

“Sebab itu kita buat keputusan untuk tidak mempunyai hubungan dengan parti itu,” kata beliau pada sidang media selepas memberi ucapan dasar di Muktamar Pas Pusat Ke-63 di Kompleks Pas Kedah pada Sabtu memetik sumber Astro Awani.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebelum ini yang menyatakan partinya sedia bekerjasama dengan Pas.

Muktamar itu yang akan berakhir pada Isnin ini yang menjadi tumpuan untuk melihat percaturan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti selain penentuan tahaluf siyasi atau kerjasama politik Pas dengan PKR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");