Sukan Hari Ini

The Bos Gaurus Harapkan Tuah Kemenangan

Skuad The Bos Gaurus mengharapkan tuah menyebelahi pasukan itu menjelang kunjungan mereka ke Sarawak dalam aksi Liga Super, Sabtu ini.

Pemain import kelahiran Brazil, Thiago Junio De Aquino, menyifatkan TBG bakal berdepan dengan misi sukar susulan Sarawak sebagai tuan rumah pasti mahu mengutip mata penuh dan memberikan persembahan terbaik di hadapan penyokong mereka.

“Oleh itu, tentu sukar di sana (Sarawak) tetapi saya dan rakan mahu menang.  Saya yakin jika berjaya di sana, ini akan menjadi titik tolak momentum kemenangan kami. Aura ini yang Perak perlukan sekarang.

“Kita bercakap mengenai bolasepak, jika tiada keputusan menang, maka habislah,” katanya.

Dipetik dari Astro Awani, Ketua jurulatih, Mehmet Durakovic, menyatakan bahawa beliau sedang mengatur taktikal yang sesuai untuk berhadapan Sarawak.

“Ketika bertemu T-Team minggu lalu, banyak kelemahan ketara.  Ini yang perlu diperbaiki. Apa-apa pun, pemain perlu lebih yakin dengan kebolehan yang ada.

“Saya ke sini (Perak) bukan untuk melihat Perak jatuh tetapi pastinya untuk mengecapi kejayaan.

“Perak dibarisi pemain berkaliber. Oleh itu, usah gusar. Dengan masa dan usaha, saya pasti pasukan ini akan berada di landasan yang betul.” tegas Mehmet.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");