Berita Hari Ini

Tiada rakyat Malaysia terbabit serangan bom di Mesir

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden serangan bom di Gereja Koptik Mar Girgis di Tanta dan Kathedral Koptik Ortodoks Saint Mark di Iskandariah, Mesir semalam.

Memetik sumber Berita Harian Online, dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan insiden serangan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mengutuk keras serangan bom di dua gereja terbabit yang meragut 47 nyawa dan mencederakan 137 orang.

“Susulan kejadian ini, kerajaan Mesir mengisytiharkan darurat di negara berkenaan.

“Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Mesir serta kepada keluarga dan mangsa yang terbabit dalam insiden serangan itu,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra turut mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan keselamatan mereka.

Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh dikemukakan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi talian +20237610013, +201200276388 atau e-mel [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");