Jenayah

Tiga sekeluarga antara 4 maut kemalangan

TANAH MERAH: Empat, termasuk tiga sekeluarga, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan kereta lain di Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, di Kampung Batang Merbau, di sini, awal pagi ini.

Memetik sumber Berita Harian Online, tiga mangsa daripada empat sekeluarga itu menaiki kereta Proton Saga dari arah Jeli ke Machang sebelum bertembung dengan kenderaan Nissan Bluebird pada jam 1.30 pagi tadi.

Tiga beranak terbabit iaitu, Muhamad Saiful Sidik, 17, yang duduk di bahagian penumpang hadapan serta ibunya, Paridah Ismail dan anak saudaranya, Nur Assyifa’ Muhamad Shaharil, 3, maut di tempat kejadian.

Pemandu kereta Nissan, Mohd Roza Ismail, 38, turut maut dalam kejadian itu. Pemandu kereta Proton Saga, Muhamad Shaharil Sidik, 31, yang juga bapa Nur Assyifa, patah kaki dan tangan manakala adik Muhamad Shaharil, Suhailah, cedera.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamed, berkata siasatan awal mendapati kereta Proton Saga terbabit memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Nissan Bluebird.

“Akibat kemalangan itu Proton Saga terbabit terbalik di kanan jalan menghala ke Jeli.

“Tiga penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mati di Hospital Tanah Merah (HTM),” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Suzaimi berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di HTM dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");