Sukan Hari Ini

Titans Nyaris Aibkan Bos Gaurus Di Ipoh

IPOH: Jaringan penalti pada masa kecederaan oleh Abdul Hadi Yahya menyelamatkan Perak daripada menerima aib di laman sendiri apabila sekadar seri dengan T-Team 2-2, malam tadi.

Saat semakin getir apabila ketika di ambang, tuan rumah dihadiahkan penalti oleh pengadil Mohamad Zamzaidi Katimin selepas bola terkena tangan pemain T-Team dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, Abdul Hadi tenang menewaskan penjaga gawang, Mohd Haidz Romly untuk mengikat kedudukan.

Sehingga jaringan itu, pasukan Perak sekali lagi nyaris diaibkan oleh skuad The Titans yang bangkit untuk mendahului 2-1.

Sebelum itu, tuan rumah membuat permulaan baik apabila menyerang ke kubu lawan sebaik sepak mula dan usaha mereka berhasil apabila Yashir Pinto merembat gol pendahuluan pada minit ke-12.

Bagaimanapun T-Team bangkit melalui jaringan penyamaan Dishod Sharofetdinov pada minit ke-48, sebelum Muhmad Fakhrurazi Musa meletakkan mereka di depan pada minit ke-71.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");