Berita Hari Ini

TLDM Peraga Pakaian Seragam Baharu

KUANTAN:Sambutan ulang tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kali ke-83 hari ini cukup signifikan dan melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kali secara rasmi seragam operasi bercorak celoreng digital diperagakan pada perbarisan hari ini.

Pakaian operasi baharu itu turut diperagakan pada perbarisan sempena sambutan itu di Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, hari ini.

Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, imej baharu seragam operasi itu diharap akan meningkatkan lagi semangat dan kesungguhan pegawai dan anggota dalam perkhidmatan.

Menurutnya, sempena sambutan ulang tahun TLDM ke-83 juga, Mawilla 1 turut mengadakan hari terbuka pada 29 April ini.

Katanya, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai menaiki dan merasai pengalaman berada di atas empat kapal TLDM yang berlabuh di pangkalan itu pada hari berkenaan.

“Selain peluang naik ke atas kapal, orang ramai yang datang turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

“Pada hari berkenaan, kita turut adakan pelbagai aktiviti antaranya gerai pameran dan jualan serta pertandingan memancing,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Justeru beliau mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk memeriahkan hari berkenaan dan pada masa sama dapat mengenali TLDM secara lebih dekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");