Berita Hari Ini

TPM Luang Masa Lawat Nurrodiatul

SEMPORNA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa bertemu dengan remaja perempuan Nurrodiatul Muhammad Isah, 13, yang menghidap penyakit injap jantung rosak di Kampung Labuan Senang, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban meluangkan masa kira-kira 10 minit selain memberi sumbangan ikhlas kepada keluarga mangsa.

Dalam lawatan itu, Musa turut memberi sumbangan ikhlas kepada keluarga mangsa.

Nurrodiatul ketika ditemui pemberita gembira apabila pemimpin nombor dua negara itu sudi meluangkan masa bertemunya.

“Ini merupakan kenangan manis buat saya dan gembira apabila Timbalan Perdana Menteri meluang masa walaupun mempunyai jadual yang padat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, ibu Nurrodiatul, Salmiza Sabu, 35, memberitahu, mereka dimaklumkan mengenai kunjungan Timbalan Perdana Menteri itu minggu lalu.

Jelas suri rumah itu, kunjungan tersebut sedikit sebanyak memberi kegembiraan buat anak sulungnya yang mengalami masalah kesihatan sejak Julai tahun lalu.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut melawat seorang pesara Guru, Abd. Malik Abd. Rahman di kampung sama yang mengalami strok, memetik sumber Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");