Berita Hari Ini

TPM Rasmi Ekspresi Negaraku Di Kuala Kangsar Esok

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan hadir menyempurnakan perasmian Ekspresi Negaraku peringkat Kuala Kangsar, esok.

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung Ekspresi Negaraku dan berpeluang meluahkan rasa cinta kepada negara melalui pelbagai aktiviti, termasuk menyertai Larian Bendera Negaraku, menyaksikan hasil kerja bakat anak tempatan dalam seni lukisan grafiti dan cetusan aspirasi buat masa depan negara.

Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican, berkata program itu juga akan menyaksikan kemunculan istimewa beberapa ikon tempatan, antaranya Pak Mazin (Pewaris Sulung Seni Pembuatan Keris Tradisional) dan Master Siow (Adiguru Peralatan Boneka Tarian Singa).

Pengunjung juga boleh menyertai acara bola sepak jalanan, bola jaring dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Bagi memenuhi selera pengunjung, barisan `food truck’ di bawa khas untuk menyajikan beraneka pilihan makanan dan minuman.

Pelbagai perkhidmatan bergerak agensi kerajaan turut terbabit dalam program sehari itu seperti Klinik 1Malaysia, perkhidmatan klinik pergigian, derma darah oleh Pusat Darah Negara dan lain-lain kemudahan dibawa khas untuk pengunjung.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.negaraku.com.

Ekspresi Negaraku yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 18 Mac lalu adalah satu inisiatif yang menyediakan platform bagi rakyat menzahirkan rasa cinta pada negara, memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");